Utama Drama Korea Park Solomon & Kim Jieun Sah Terajui Drama Romantik Pejabat ‘Branding In...

Park Solomon & Kim Jieun Sah Terajui Drama Romantik Pejabat ‘Branding In Seongsudong’

branding in seongsudong

Siap sedia semua untuk saksikan gandingan Kim Ji-eun bersama Park Solomon dalam sebuah drama!

Terbaru, Kim Ji-eun dan Park Solomon telah disahkan bakal terajui “Branding in Seongsudong”, sebuah drama komedi romantik tentang pengurus pasukan pemasaran yang berhati dingin dan menukar jiwanya dengan seorang pelatih, selepas ciuman yang tidak dijangka.

Dalam drama ini, Kim Ji-eun akan memainkan watak sebagai Kang Na-eon, seorang ketua pasukan pemasaran yang berjaya dalam setiap projek penglibatannya. Dia seorang yang ‘gila’ bekerja dan sanggup meninggalkan persahabatan serta cinta untuk mencapai kejayaan.

Kemudian Park Solomon akan memegang watak So Eun-ho, seorang pelatih yang bertanggungjawab ke atas agensi pemasaran dengan penampilannya yang manis dan muda.

park solomon kim jieun

Sementara itu, “Branding in Seongsudong” dijangka bakal ditayangkan pada separuh pertama 2023 nanti.

Sama-sama kita nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERSports Kyunghyang
Loading...