Ikuti Kami:

Tayang Julai Ini, Na Inwoo & Kim Jieun Sah Terajui Drama Jenayah ‘Longing For You’

Tayang Julai Ini, Na Inwoo & Kim Jieun Sah Terajui Drama Jenayah ‘Longing For You’

Siap sedia semua untuk saksikan gandingan antara Na In-woo dan Kim Ji-eun dalam sebuah drama!

Untuk pengetahuan, Na In-woo dan Kim Ji-eun akan terajui drama baru berjudul “Longing For You”, mengikuti seorang detektif yang bertekad untuk menangkap seorang pembunuh bersiri dan membongkar rahsia serta keinginan keluarganya yang tersembunyi.

Dalam drama ini, Na In-woo akan membawa watak sebagai Oh Jin-sung, seorang detektif yang tegas dan tidak akan berhenti untuk menangkap pembunuh yang dicari.

Manakala Kim Ji-eun akan muncul sebagai Go Young-joo, seorang pendakwa yang tidak takut menggunakan kaedah yang tidak konvensional untuk menangkap penjenayah itu.

Selain Na In-woo dan Kim Ji-eun, pelakon hebat lain yang akan turut serta dalam drama ini adalah Bae Jong-ok, Lee Kyu-han dan Jung Sang-hoon.

Jangan lupa tonton “Longing For You” akan mula ditayangkan pada 26 Julai ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...