Ikuti Kami:

Park Shinhye & Choi Taejoon Dilapor Bakal Berkahwin 22 Januari Ini

Park Shinhye & Choi Taejoon Dilapor Bakal Berkahwin 22 Januari Ini

Semuanya pasti tak sabar menantikan Park Shin-hye dan Choi Tae-joon untuk melangsungkan perkahwinan mereka kan?

Selepas 4 tahun bercinta, pasangan itu menyampaikan perkhabaran gembira mengenai perkahwinan mereka pada Disember lalu selain turut menyatakan bahawa pelakon wanita itu sedang mengandungkan anak pertama mereka.

choi taejoon park shinhye

Menurut laporan media, pasangan itu akan mengadakan majlis bermakna itu pada 22 Januari jam 11.30 pagi di sebuah gereja terletak di Gangdong-gu di Seoul. Untuk pengetahuan, keduanya merupakan penganut Kristian yang taat dan mahu memulakan kehidupan baru mereka di tempat yang suci itu.

Walaubagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dari kedua-dua pihak setakat ini.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...