Ikuti Kami:

Tahniah! Park Shinhye Hamil, Bakal Kahwini Choi Taejoon Januari Nanti

Tahniah! Park Shinhye Hamil, Bakal Kahwini Choi Taejoon Januari Nanti

Dalam diam, nampaknya pasangan yang satu ini sudah pun mengumumkan berita yang mengejutkan.

Menurut kenyataan daripada agensi Park Shin-hye, pelakon wanita itu disahkan mengandung dan bakal berkahwin dengan Choi Tae-joon tak lama lagi.

Pelakon Park Shin-hye dan Park Tae-joon akan mengikat pertalian seratus tahun nanti. Dari 2017, mereka berdua saling memberikan kekuatan antara satu sama lain dan keduanya akan menjadi suami isteri pada 22 Januari 2022 di sekitar Seoul nanti.

choi taejoon park shinhyeTambah kenyataan itu lagi,

Mereka berjanji akan menjadi pasangan seumur hidup dan nyawa berharga hadir semasa dalam proses persiapan perkahwinan itu. Kami meminta anda memahami yang kami masih berhati-hati untuk menceritakan hal ini dengan lanjut memandangkan ianya masih di peringkat awal dan memerlukan kestabilan dahulu.

Dalam pada itu, Park Shin-hye memuat naik entri di laman peminatnya,

Saya akan memulakan kehidupan suami isteri dengan si dia yang menerima kesemuanya termasuklah sisi manusia Park Shin-hye.

Tambahnya lagi, dia akan cuba kembali sebagai pelakon dengan cepat nanti memandangkan ramai yang merinduinya.

Selepas 4 tahun bercinta, nampaknya Park Shin-hye dan Choi Tae-joon bersedia untuk ke langkah seterusnya. Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...