Ikuti Kami:

Park Minyoung Dilapor Menipu Tak Terima Duit Dari Bekas Teman Lelaki?

Park Minyoung Dilapor Menipu Tak Terima Duit Dari Bekas Teman Lelaki?

Betul ke ni?

Baru-baru ini, Dispatch mendedahkan bagaimana Park Min-young berbohong tentang penerimaan wang daripada bekas teman lelaki, Kang Jong-hyun.

Sebelum ini, pelakon wanita itu ada menyatakan bahawa dia tidak pernah sesekali menerima wang daripada bekas teman lelakinya itu.

Walaubagaimanapun, laporan Dispatch menunjukkan bagaimana Park Min Young menerima sejumlah ₩250 juta KRW (kira-kira RM885 juta) semasa bercinta dengan Kang Jong-hyun. Wang itu dihantar daripada syarikat Kang Jong-hyun ke akaun bank peribadi Park Min-young.

Tambah sumber itu lagi, wang yang dihantar dikatakan adalah sebagai ‘perbelanjaan hidup’.

ex bf park minyoung

Selain itu, Dispatch ada menghubungi Kang Jong-hyun dan Park Min-young berkaitan perkara ini. Pihak Kang Jong-hyun enggan menjawab manakala, pihak Park Min-young menerima soalan Dispatch, tetapi tidak menghantar sebarang jawapan.

Agensi Park Min Young, Hook Entertainment memberitahu MBC mereka sedang meneliti laporan Dispatch.

Tunggu kenyataan rasmi daripada mereka untuk kemas kini lanjut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...