Ikuti Kami:

“Saya Pergi Check Mental” – Dikecam Bercinta Dengan Lelaki Kaya ‘Penipu’, Park Minyoung Minta Maaf

“Saya Pergi Check Mental” – Dikecam Bercinta Dengan Lelaki Kaya ‘Penipu’, Park Minyoung Minta Maaf

Bukan mudah menjadi selebriti, pastinya akan ada yang seronok ‘mengorek’ hal peribadi mereka.

Terbaru, satu sidang media untuk mempromosikan drama “Marry My Husband” telah berlangsung secara atas talian. Bukan hanya bercerita mengenai hal siri itu malah Park Min-young yang merupakan teraju utamanya turut disoal mengenai hal peribadi.

Bagi yang tidak mengetahui, pelakon wanita itu menerima kecaman tahun lalu apabila didedahkan bercinta dengan seorang ‘lelaki kaya’ yang memiliki bisnes haram melibatkan wang kripto iaitu ‘bitcoin’. Walau bagaimanapun, mereka diumumkan sudah pun berpisah selepas beberapa hari kontroversi itu melanda.

Ulas Park Min-young mengenai insiden itu,

Sejujurnya, sepanjang tahun ini agak mencabar dari segi fizikal dan mental bagi saya. Saya terfikir sama ada saya boleh menerima tawaran drama ini semasa pengarah menghubungi saya.

park minyoung

Akuinya,

Semasa tempoh pendek itu, saya menjalani kehidupan dengan perasaan kesal. Momen itu membuatkan saya sedar mengenai pekerjaaan sebenar saya dan waktu bila saya paling gembira.

Bahkan, Park Min-young mendedahkan insiden itu telah mencetuskan isyarat merah semasa menjalani ujian di klinik kesihatan mental. Jelasnya lagi, dia sedang mencuba sedaya updaya untuk menjadi yang terbaik dan memohon maaf buat semua yang terkena tempias kerana kesalahannya itu.

Untuk pengetahuan, “Marry My Husband” membawa kisah seorang wanita yang hidup semula selepas dibunuh dek menyaksikan kecurangan suami bersama rakan baiknya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...