Selepas “Marry My Husband”, pasti ramai yang menantikan drama lakonan Park Min-young yang seterusnya kan?
Terbaru pada 23 Julai, agensi melaporkan bahawa Park Min-young sedang mempertimbangkan tawaran untuk terajui drama “Confidence Man KR”.
Diadaptasi dari drama Jepun, “Confidence Man KR” akan mengikuti satu pasukan yang menggunakan segala cara untuk mencuri wang daripada orang yang taksub dengan keinginan, seperti wang daripada syarikat yang tidak bertanggungjawab dan bos mafia.
Untuk versi Korea drama ini, ianya akan diarahkan oleh Nam Ki-hoon dari “Destined With You” dan ditulis oleh Hong Seung-hyun dari “Criminal Minds”.