Kesilapan yang kita lakukan pasti akan memberi pengajaran di masa hadapan.
Baru-baru ini, Park Min-young telah terlibat dengan satu temu bual, selepas tamatnya drama “Marry My Husband”.
Dalam sesi temu bual, pelakon wanita itu ada meminta maaf atas kontroversi yang menyelubunginya bersama bekas teman lelakinya. Dia berkata,
Saya melakukan acara ini kerana ingin membetulkan kesilapan saya. Saya tidak pernah mahu kejadian yang tidak menyenangkan ini berlaku pada tahun lalu. Saya ingin menyampaikan niat saya untuk mengiktiraf kesilapan saya dan tidak akan mengulanginya lagi.
Sambungnya lagi dengan mendedahkan sebab dia ingin terus kembali aktif dalam lakonan meskipun terpalit kontroversi,
Saya rasa saya harus terus membuat kemunculan semula dengan cepat tetapi jika saya tidak melakukan drama, saya mungkin tiada peluang ini lagi. Jadi, saya mungkin telah ‘menggunakan’ pelakon Park Min-young sedikit.
Luah Park Min-young lagi,
Saya rasa saya paling gembira apabila saya berlakon. Saya akhirnya berasa ‘hidup’. Selepas ‘jatuh’ seperti ini, saya rasa saya telah menjadi seorang rookie kembali. Saya juga fikir ini adalah kerja pertama saya.
Semua orang buat silap kan..