Pelakon Park Ji-hoon telah ditawarkan watak utama dalam drama baru berasaskan webtoon, “We Are The Zombie”, sebuah zombi komedi.
Dalam webtoon popular Naver, sebuah pusat membeli-belah besar yang dikenali sebagai Seoul Tower dikenal pasti sebagai tempat awal penyebaran zombi dan telah diasingkan dari tamadun lain. Para mangsa yang terselamat terperangkap di dalamnya, mati satu persatu.
Jika dia menerima tawaran tersebut, Park Ji-hoon akan memainkan watak Kim In-jong, seorang pemuda yang telah bertahan selama setahun di dalam Seoul Tower. Walaupun dia ingin hidup tanpa menarik perhatian, entah bagaimana, dia akhirnya menyelesaikan pelbagai kes di dalam pusat membeli-belah tersebut.
Nantikan maklumat lanjut korang.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.