Ikuti Kami:

Park Jihoon & Hong Yeji Digandingkan Bersama Dalam ‘Fantasy Sonata’

Park Jihoon & Hong Yeji Digandingkan Bersama Dalam ‘Fantasy Sonata’

Gandingan pertama antara Park Ji-hoon dan Hong Ye-ji!

Park Ji-hoon dan Hong Ye-ji bakal digandingkan bersama di dalam drama terbaru KBS iaitu “Fantasy Sonata”. Drama yang berkonsepkan sejarah ini merupakan drama percintaan di antara seorang lelaki yang memiliki dua personaliti yang bercanggah dengan seorang wanita yang mencintainya.

Drama ini bakal mendedahkan kisah menyayat hati seorang putera raja yang mempunyai dua personaliti dan seorang gundik diraja yang berhadapan dengan takdir yang tidak dapat dielakkan.

fantasy sonata

Selain itu, drama yang diadaptasikan dari webtoon popular dengan tajuk yang sama ini bakal mula ditayangkan pada Januari tahun hadapan.

Dalam masa yang sama, rata-rata peminat juga teruja dengan gandingan pertama kedua-dua pelakon yang sedang meningkat naik ini.

Tak sabarnya nak tunggu Januari!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...