Ikuti Kami:

Park Hanbyul Sedang Hamil Anak Kedua

Park Hanbyul Sedang Hamil Anak Kedua

Baru-baru ini satu berita telah menarik perhatian umum apabila pelakon Park Han-byul disahkan sedang mengandung anak keduanya.

Terbaru, agensi Park Han-byul, EL Park, berkata,

Park Hyun-byul hamil 4 bulan. Kira-kira empat tahun selepas bersalin pertama, dia mengumumkan berita anak keduanya.

Park Han-byul menyiarkan beberapa gambar di akaun rasmi Instagramnya pada 16 Mei lalu berserta kapsyen pendek “Jeju”. Itu merupakan imej muat naik yang pertama setelah tiga tahun selepas insiden “Burning Sun” oleh suaminya Yoo In-seok, bekas CEO Yuri Holdings.

Dalam foto itu, dia tersenyum ceria di sebuah tempat yang kelihatan seperti sebuah kafe. Dia sangat menarik perhatian kerana dia memakai gaun putih yang sopan dan selesa.
Park Han-byul, yang berkahwin dengan Yoo In-seok, bekas CEO Yuri Holdings pada 2017, telah melahirkan seorang anak lelaki pada April tahun berikutnya.park han byulIkutan insiden tersebut, dia menghantar permohonan maaf, menyatakan bahawa dia berasa bertanggungjawab sebagai seorang isteri selepas kontroversi mengenai ‘Burning Sun’ suaminya, Yoo In-seok pada 2019. Selepas itu, dia menghentikan semua aktiviti industri hiburan dan pergi ke Pulau Jeju untuk mengendalikan sebuah kafe.

Makin cantik Park Han-byul kan? Semoga kandungan kali ini akan terus sihat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...