Ikuti Kami:

Selepas Skandal Suami Dalam Kes Pelacuran ‘Burning Sun’, Park Hanbyul Jual Harta Di Seoul & Pindah Ke Jeju

Selepas Skandal Suami Dalam Kes Pelacuran ‘Burning Sun’, Park Hanbyul Jual Harta Di Seoul & Pindah Ke Jeju

Bagi yang tidak tahu, suami pelakon Park Han-byul sebelum ini merupakan antara nama yang diheret sekali sebagai antara individu terlibat dengan kes ‘Burning Sun’ yang berlaku pada 2015 dan 2016. Bahkan lelaki tersebut sudah pun melalui perbicaraan bagi tuduhan penyelewengan wang, menjadi orang tengah pelacuran, pelanggaran Akta Sanitasi Makanan dan hukuman kepada beberapa jenayah ekonomi.

Disebabkan oleh kesalahan tersebut, Park Han-byul telah menunduk dan memohon maaf kepada orang ramai dek penglibatan suaminya dalam kes yang agak besar di Korea pada ketika itu.

Saya minta maaf kepada semua orang. Saya memohon maaf kerana telah menyebabkan ramai orang berasa risau mengenai insiden dan spekulasi terhadap suami saya. Saya sekali lagi menundukkan kepala dan memohon maaf kepada semua orang yang mengkritik saya dan keluarga kerana menyebabkan kekacauan sosial ini.

park hanbyul tinggal di jeju

Selepas sekian lama menyepikan diri, khabarnya pelakon wanita itu kini tinggal di kepulauan Jeju bersama suami dan anaknya selepas menjual kesemua hartanah di Seoul. Malahan Park Han-byul sudah setahun lamanya tidak memunculkan diri dalam mana-mana program mahupun drama.

Menurut saksi, wanita itu kini hidup tenang di kepulauan Jeju selepas melalui episod duka kerana skandal yang melibatkan suaminya itu. Tapi nampak gayanya, Park Han-byul sudah semakin stabil sejurus meninggalkan kehidupan di Seoul. Difahamkan juga, pelakon itu mungkin tidak akan kembali ke dunia hiburan dalam masa terdekat ini.

Mesti Park Han-bul terkesan habis dengan skandal ini memandangkan dia dan suaminya merupakan figura terkenal di Korea. Apa-apa pun, lebih penting untuk menjauhkan anak tunggalnya itu daripada perhatian ramai.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...