Park Hae-soo telah diberikan tawaran untuk memegang watak lelaki utama dalam “The Price Of Confession”.
Pada 24 April, media Korea telah melaporkan bahawa Park Hae-soo telah ditawarkan untuk membintangi drama ” The Price Of Confession”.
Sebagai respon kepada laporan tersebut, agensi pelakon itu iaitu BH Entertainment telah berkata,
Park Hae-soo masih lagi sedang mempertimbangkan tawaran yang telah diberikan.
“The Price Of Confession” mengisahkan tentang dua wanita yang terlibat dalam satu kes pembunuhan yang sama. Di mana, sebelum ini pihak produksi telah mendedahkan bahawa kedua-dua watak wanita utama dalam drama ini telah ditawarkan kepada Jeon Do-yeon dan Kim Go-eun.
Dalam drama ini, Park Hae-soo dikatakan akan memegang watak sebagai Baek Dong-hoon. Seorang pendakwa raya dari Pejabat Pendakwa Daerah Utara Seoul yang bertanggungjawab untuk membongkar rahsia Ahn Yoon-soo (Jeon Do-yeon) dan Mo Eun (Kim Go-eun).
Sementara itu, maklumat lanjut mengenai tarikh tayangan serta penggambaran drama ini, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak produksi.
Mesti gempak kan kalau Park Hae-soo sertai drama ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.