Kim Go-eun dilapor akan sertai drama lakonan Jeon Do-yeon.
Menurut laporan media pada 17 Januari, Kim Go-eun dikatakan dalam menyertai drama baru yang bertemakan aksi dan thriller. “The Price of Confession” mengisahkan tentang kisah dimana dua orang wanita terlibat di dalam satu kes pembunuhan.
Watak utama bagi drama ini akan dilakonkan oleh Jeon Do-yeon. Manakala, Kim Go-eun akan memegang watak sebagai pelakon utama kedua. Terlebih dahulu watak ini telah ditawarkan kepada Han So-hee namun ianya ditolak lalu ditawarkan pula kepada Kim Go-eun.
Sehingga kini, butiran mengenai penyertaan Kim Go-eun dalam drama ini masih lagi sedang dibincangkan.
Dalam masa yang sama, ini merupakan kali kedua Kim Go-eun bakal bekerjasama dengan Jeon Do-yeon selepas filem “Memories of the Swords” pada tahun 2015 yang lalu.
Tidak ketinggalan, Kim Go-eun kini sedang menyiapkan diri kerana filem barunya iaitu “Exhuma” telah dijadualkan tayang pada Februari. Malah, Kim Go-eun juga dikatakan akan aktif melibatkan diri di dalam pelbagai aktiviti untuk tahun 2024.
Semakin sibuk la Kim Go-eun selepas ini
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.