Ikuti Kami:

Park Eunbin, (G)I-DLE & Ramai Lagi Bawa Pulang Trofi Kemenangan Di ’49th Korean Broadcasting Awards’

Park Eunbin, (G)I-DLE & Ramai Lagi Bawa Pulang Trofi Kemenangan Di ’49th Korean Broadcasting Awards’

Majlis anugerah “49th Korean Broadcasting” kini sudah mengumumkan pemenangnya! Siapa agak-agaknya pemenang tu ya…

Dalam majlis anugerah tersebut, sebanyak 26 program dan 18 individu yang dinobatkan sebagai pemenang akhir.

Masih menjadi bualan dek kerana kejayaan drama hit “Extraordinary Attorney Woo”, Park Eun-bin kini memenangi anugerah “Best Actress” diatas kejayaan wataknya dalam “The King’s Affection”. Dalam ucapan penghargaannya, dia berkata,

Saya masih ingat berapa lama masa yang saya habiskan untuk “The King’s Affection”. Drama ini merupakan satu impian yang saya terima untuk menjalani kehidupan sebagai raja pada Dinasti Joseon dan bagi saya, watak dan projek yang saya bawa ini, akan saya ingat sampai bila-bila. 

Selain Park Eun-bin, masih banyak artis K-Pop dan K-Drama yang berjaya membawa pulang trofi kemenangan antaranya, drama MBC, “The Red Sleeve” yang memenangi anugerah “Best Drama” dan turut memenangi anugerah “Best Video Graphics.

Manakala, turut mencuri perhatian apabila (G)I-DLE memenangi anugerah “Best Singer” menerusi program “Music Core”. Jun Hyun-moo juga membawa pulang anugerah “Best Variety Star” menerusi rancangan MBC, “The Manager”.

Kalau korang nak tahu, (G)I-DLE dan NewJeans juga sempat membuat persembahan istimewa!

Wah! Semua yang menang ini hebat-hebat belaka eh!

Tahniah buat semua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...