Ikuti Kami:

Park Eunbin Dedah Takut Bawa Watak Peguam Autistik Dalam ‘Extraordinary Attorney Woo’

Park Eunbin Dedah Takut Bawa Watak Peguam Autistik Dalam ‘Extraordinary Attorney Woo’

Sebagai seorang pelakon, Park Eun-bin pastinya ingin cuba untuk mencabar dirinya memainkan pelbagai watak dalam mana-mana naskhah.

Selepas membawa peranan sebagai putera mahkota dalam “The King’s Affection”, sebagai pemain biola dalam “Do You Like Brahms?”, Park Eun-bin nampaknya telah memilih untuk membawa watak sebagai peguam autistik dalam “Extraordinary Attorney Woo”.

Memang terbukti bahawa Park Eun-bin adalah seorang pelakon yang serba boleh selepas lakonannya sebagai peguam autistik telah berjaya menerima pujian hebat dari penonton.

park eunbin extraordinary attorney woo

Ketika temu bual yang dilakukan bersama pelakon itu, Park Eun-bin meluahkan rasa takutnya untuk menerima watak ini pada awalnya,

Selain merasakan ia adalah naskhah yang bagus, saya juga takut.

Sambung Park Eun-bin,

Saya berhati-hati tentang peranan seorang peguam dengan spektrum autisme yang genius. Saya fikir ia adalah peranan yang boleh menyakiti seseorang. Ada masanya saya memikirkan tentang watak itu dan akhirnya, saya memilih untuk melakukannya.

Kemudian, pelakon itu turut berkongsi sebab mengapa dia suka untuk mencabar dirinya membawa pelbagai watak. Jelasnya,

Sesetengah orang bertanya kepada saya mengapa saya sangat sukakan cabaran. Hidup melalui cabaran adalah pengalaman yang tidak biasa dan kuasa pendorong yang memecahkan kehidupan harian saya yang membosankan. Begitulah cara saya memilih Woo Young-woo (nama watak) sebagai tindak balas kepada banyak ketakutan.

park eunbin

Bukan mudah tau nak bawa watak ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...