Park Eunbin Bakal Nyanyi Lagu OST Dalam Episod Terbaru ‘Extraordinary Attorney Woo’
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Dari peguam nak jadi penyanyi pula? Eh… betul ke Park Eun-bin bakal nyanyi lagu selepas ini?
Drama “Extraordinary Attorney Woo” yang diterajui oleh Park Eun-bin baru-baru ini berjaya mencetuskan fenomena baru dalam dunia K-Drama. Pelakon itu kini, dikhabarkan bakal menyanyikan lagu OST buat drama tersebut pula. Ye ke ni…
Pengarah lagu, Noh Young-shim yang tampil dalam satu rancangan hiburan, Naver Now iaitu “Music To You” dan sempat berkongsi mengenai pelbagai kisah bersama Yoon Sang. Noh Young-shim berkata,
Adakah anda akan ke Pulau Jeju minggu ini? Park Eun-bin akan menyanyikan “Jeju Island Blue Night” dan akan dilancarkan dalam minggu ini.
Yoon Sang terus menambah,
Akhirnya, Park Eun-bin menyanyi juga.
Lalu Noh Young-shim menyambung,
Lagu kali ini menampilkan suara lunak Park Eun-bin, yang membawa watak Woo Young-woo mencari ikan paus di Pulau Jeju.
Dah terungkai lagi satu bakat Park Eun-bin… tak sabar nak dengar nyanyian dia!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




