Ikuti Kami:

Park Boram Meninggal Dunia Tiba-Tiba, Bekas Kekasih Seo Inguk Dilapor Menangis Di Pengebumian

Park Boram Meninggal Dunia Tiba-Tiba, Bekas Kekasih Seo Inguk Dilapor Menangis Di Pengebumian

Baru-baru ini, dunia hiburan Korea dikejutkan dengan berita kematian seorang penyanyi solo popular dengan pelbagai OST iaitu Park Bo-ram.

Menurut laporan polis, wanita itu dijumpai rebah di hadapan bahagian sinki di dalam bilik air selepas beredar seketika sewaktu minum alkohol bersama rakan terdekat di kediaman rakan itu.

Bagi yang tidak mengetahui, wanita itu sebenarnya pernah menyertai “Superstar K” musim ke-2 dan berkawan baik dengan ramai penyanyi lain seperti Huh Gak, Kang Seung-yoon WINNER, Giant Pink, Heo Young-ji dan ramai lagi. Malah mereka turut antara yang berada lama di tempat pengebumian mendiang.

Khabarnya, Seo In-guk yang merupakan bekas kekasih Park Bo-ram turut berada di tempat pengebumian itu. Menurut laporan umum, dia turut bersedih di situ sambil menemani makam mendiang. Pun begitu, ini hanyalah kata-kata peminat dan tiada berita rasmi mengenainya. Setakat ini, Seo In-guk belum ada mengeluarkan apa-apa ucapan mahupun kenyataan mengenai Park Bo-ram.

Salam takziah buat keluarga dan rakan-rakan mendiang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...