Ikuti Kami:

Baru Rilis Lagu, Kematian Tiba-Tiba Penyanyi OST Popular Ini Bikin Misteri

Baru Rilis Lagu, Kematian Tiba-Tiba Penyanyi OST Popular Ini Bikin Misteri

Pasukan polis telah berkongsi kejadian sekitar kematian Park Bo-ram yang berlaku secara tiba-tiba.

Dalam satu laporan media, pihak di Stesen Polis Selatan Namyangju mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai kematian penyanyi solo popular berkenaan. Katanya, Park Bo-ram rebah di dalam bilik air semasa minum alkohol dengan dua orang rakan di salah satu rumah mereka kira-kira jam 9:55 malam pada 11 April.

Rakan-rakannya memanggil talian kecemasan apabila wanita itu tidak keluar dari bilik air setelah beberapa ketika. Katanya, Park Bo-ram ditemui terbaring di hadapan meja solek dalam keadaan tidak sedarkan diri. Rakan-rakannya memberikan CPR selepas menemui wanita itu, tetapi dia gagal untuk disedarkan semula.

park boram

Bantuan kecemasan yang dihantar ke tempat kejadian membawanya ke Hospital Universiti Hanyang, cawangan Guri, tetapi dia secara rasmi diumumkan meninggal dunia pada jam 11:17 malam pada 11 April. Selanjutnya, polis akan meminta Perkhidmatan Forensik Kebangsaan untuk menjalankan autopsi bagi menyiasat punca kematian yang tepat,

Kerana penyiasatan sedang berlangsung, sukar untuk mendedahkan banyak butiran.

Sebelum ini, agensi mengesahkan bahawa penyanyi Park Bo-ram meninggal dunia pada usia 30 tahun manakala dia baru sahaja meriliskan lagu ‘I Hope’ pada 9 April lalu.

Bagi yang tidak mengetahui, mendiang popular dengan pelbagai lagu runut bunyi untuk drama seperti “Hyde, Jekyll and Me”, “49 Days”, “Reply 1988”, “Touch Your Heart”, “Prison Playbook” dan banyak lagi. Malah dia mula mengecap populariti selepas muncul dalam program realiti “Superstar K”.

Salam takziah.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Chosun Ilbo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...