Ikuti Kami:

Park Bogum Dedah Pernah Sertai Uji Bakat Di Agensi Besar Untuk Jadi Penyanyi

Park Bogum Dedah Pernah Sertai Uji Bakat Di Agensi Besar Untuk Jadi Penyanyi

Selain berlakon dan mengacara, Park Bo-gum juga berbakat dalam menyanyi.

Terbaru, Park Bo-gum telah tampil sebagai tetamu dalam program KBS “Year Round Plus”. Untuk pengetahuan, “Year Round Plus” adalah program yang dihasilkan bagi menonjolkan bakat nyanyian yang tidak dijangka oleh bintang terkenal.

Dalam program tersebut, video Park Bo-gum sedang bermain piano semasa di sekolah menengah telah dipaparkan dan berjaya mendapat perhatian ramai.

Kemudian, pelakon itu mendedahkan bahawa,

Saya pada mulanya berimpian untuk menjadi seorang penyanyi. Jadi, saya pun menghantar video saya bermain piano dan menyanyi kepada agensi-agensi yang terkenal. Saya berterima kasih sebab semua orang telah hubungi saya.

park bogum nyanyi

Bukan itu sahaja, Park Bo-gum juga telah mengejutkan semua orang dengan kemahiran nyanyiannya, apabila dia mempersembahkan lagu Jukjae berjudul Let’s Go to the Stars.

Muka kacak, pandai nyanyi dan main piano, memang sempurna Park Bo-gum ni! 

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...