Ikuti Kami:

Papar Sisi Lebih Matang, Hubungan Cinta Watak Ini Buat Penonton Teruja Tunggu ‘Alchemy Of Souls 2’

Papar Sisi Lebih Matang, Hubungan Cinta Watak Ini Buat Penonton Teruja Tunggu ‘Alchemy Of Souls 2’

Korang dah ready ke nak tengok “Alchemy Of Souls” musim kedua?

Bagi yang belum mengikut perkembangan drama ini, “Alchemy Of Souls” mengisahkan mengenai drama percintaan bergenre fantasi dan berlatar belakangkan negara fiksyen Daeho, iaitu sebuah negara yang tidak pernah wujud dalam sejarah atau peta dunia. alchemy of souls 2Drama ini turut mengetengahkan mengenai watak-watak yang nasib mereka berubah selepas disihir. Setelah tamatnya episod pertama bagi drama itu, “Alchemy Of Souls” bakal kembali menemui peminat untuk musim kedua yang menggambarkan keadaan tiga tahun selepas.

Baru-baru ini, pihak produksi berkongsi beberapa gambar preview bagi pelakon Yoo In-soo dan juga Arin Oh My Girl yang merupakan teraju utama drama itu untuk musim kedua. arinArin dan Yoo In-soo bakal memegang watak sebagai Jin Cho-yeon dan juga Park Dan-gu, yang menghadapi hubungan ‘love-hate relationship’. Setelah persaraan kepada bapa saudara Park Dan-gu iaitu Park Jin, dia mengambil alih Songrim dan bakal memaparkan kebolehannya dalam berniaga dalam musim kedua.

Manakala bagi watak Jin Cho-yeon, setelah tiga tahun, dia berjaya membentuk personaliti dirinya daripada seorang anak bongsu yang tidak matang kepada seorang wanita yang dihormati.

Nampak gayanya hubungan percintaan dorang ni akan ada banyak naik turun!

Nantikan tayangan bagi musim kedua “Alchemy Of Souls” pada 10 Disember ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...