Ikuti Kami:

Papar Kisah Atlet Badminton, Episod Awal ‘Going To You At The Speed Of 493km’ Bermula Baik

Papar Kisah Atlet Badminton, Episod Awal ‘Going To You At The Speed Of 493km’ Bermula Baik

Genre sukan dalam K-Drama boleh tahan best kalau digarap dengan baik. Contohnya seperti “Going To You At A Speed Of 493km” yang baru ditayangkan kelmarin.

Sinopsis

Drama sukan romantik ini berkisar mengenai keghairahan dan cinta lelaki dan wanita dalam kumpulan beregu campuran.

Bermula cerita

[Amaran SPOILER]

Ianya bermula dengan kisah Park Tae-yang (Park Ju-hyun) yang kembali ke Seoul untuk memulakan semula pengembaraannya dalam suka badminton. Rupanya, gadis itu pernah digelar sebagai ‘si genius badminton’ dan merupakan calon sukan olimpik tapi berhenti kerana dikatakan memberi rasuah pegawai pertandingan.

kbs love all play

Bertemu muka semula setelah sekian lama, Park Tae-joon (Chae Jong-hyeop) yang kehilangan minat terhadap sukan itu terkejut apabila terserempak Park Tae-yang. Bahkan mereka berdua mempunyai sejarah mendalam apabila lelaki itu merupakan aspirasi kepada gadis tersebut untuk memulakan karier badminton dahulu.

Walaupun dipinggirkan oleh atlet lain kerana skandal lalu, Park Tae-yang terus menebalkan muka bagi mencari sesiapa yang mahu menjadi pasangannya. Awalnya menolak, Park Tae-joon akhirnya menjadi pasangan gadis tersebut untuk bertanding sebagai beregu campuran sekaligus bermula pengembaraan kedua anak muda ini dalam mengejar cita dan cinta.

kbs love all play

Rating biasa

Untuk episod awal ini, “Going To You At A Speed Of 493km” hanya mampu meraih rating di bawah 2% iaitu 1.9% ketika episod pertama dan 1.8% untuk episod kedua.

Pun begitu, premisnya yang menarik mungkin akan membantu drama itu untuk menunjukkan peningkatan yang stabil pada episod akan datang.

Kalau yang masih tercari-cari, boleh tonton “Going To You At A Speed Of 493km” di Disney+!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...