Papar Hubungan Rapat, Pelakon ‘Alchemy Of Souls’ Beri Ucapan Hari Lahir Buat Hwang Minhyun
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Nampaknya, pelakon “Alchemy of Souls” mempunyai hubungan yang rapat meskipun di luar drama.
Pada 9 Ogos semalam, Hwang Min-hyun, iaitu salah seorang pelakon dalam “Alchemy of Souls” telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27.
Selain peminat yang menyambut gembira hari jadi Hwang Min-hyun, pelakon-pelakon dari “Alchemy of Souls” turut tidak melepaskan peluang memberikan ucapan hari lahir buat rakan pelakon mereka itu.

Lee Jae-wook menulis,
Hari ini hari jadi putera, semua tolong beri ucapan 🙂 HBD
Shin Seung-ho memberi ucapan,
Putera hutan 👑 HBD ❤
Yoo In-soo turut menujukkan rasa sayangnya kepada Min-hyun dengan menulis,
❤️ Putera, selamat hari jadi 🥰
Dalam pada itu, “Alchemy of Souls” ialah drama percintaan fantasi yang berlangsung di negara Daeho fiksyen, sebuah negara yang tidak wujud dalam sejarah atau di peta. Cerita ini mengikuti watak utama yang nasibnya menjadi berpintal kerana sihir yang menukar jiwa orang.

Alala sweet sangat dorang ni tau!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




