Ikuti Kami:

Ingin Tingkatkan Kualiti, ‘Alchemy Of Souls’ Tidak Akan Tayang Pada Minggu Depan

Ingin Tingkatkan Kualiti, ‘Alchemy Of Souls’ Tidak Akan Tayang Pada Minggu Depan

Ada berita sedih buat penonton setia drama “Alchemy of Souls”..

Pada 4 Ogos, seorang wakil dari tvN “Alchemy of Souls” telah memaklumkan bahawa drama itu tidak akan ditayangkan pada minggu depan.

Episod 15 dan 16 “Alchemy of Souls” akan ditayangkan seperti biasa pada hujung minggu ini iaitu 6 dan 7 Ogos namun, akan berehat selama seminggu pada 13 dan 14 ogos untuk meningkatkan kualiti separuh kedua drama.

Menurut tvN,

Pada 13 Ogos, siaran kemuncak yang merangkumi jalan cerita utama akan disiarkan, dan pada 14 Ogos, siaran khas dengan pelakon ‘Alchemy of Souls’ akan disiarkan.

tvn alchemy of souls

Dalam pada itu, “Alchemy of Souls” ialah drama percintaan fantasi yang berlangsung di negara Daeho fiksyen, sebuah negara yang tidak wujud dalam sejarah atau di peta. Cerita ini mengikuti watak utama yang nasibnya menjadi berpintal kerana sihir yang menukar jiwa orang. Ianya diterajui Lee Jae-wook dan Jung So-min.

Lama sikit la nak tunggu episod baharu keluar..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...