Nampaknya, pelakon “Alchemy of Souls” mempunyai hubungan yang rapat meskipun di luar drama.
Pada 9 Ogos semalam, Hwang Min-hyun, iaitu salah seorang pelakon dalam “Alchemy of Souls” telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27.
Selain peminat yang menyambut gembira hari jadi Hwang Min-hyun, pelakon-pelakon dari “Alchemy of Souls” turut tidak melepaskan peluang memberikan ucapan hari lahir buat rakan pelakon mereka itu.
Lee Jae-wook menulis,
Hari ini hari jadi putera, semua tolong beri ucapan
HBD
Shin Seung-ho memberi ucapan,
Putera hutan
HBD
Yoo In-soo turut menujukkan rasa sayangnya kepada Min-hyun dengan menulis,
Putera, selamat hari jadi
Dalam pada itu, “Alchemy of Souls” ialah drama percintaan fantasi yang berlangsung di negara Daeho fiksyen, sebuah negara yang tidak wujud dalam sejarah atau di peta. Cerita ini mengikuti watak utama yang nasibnya menjadi berpintal kerana sihir yang menukar jiwa orang.
Alala sweet sangat dorang ni tau!