Selepas membintangi “Our Blues”, hubungan antara Han Ji-min dan Jung Eun-hye nampaknya makin akrab.
Baru-baru ini pada 20 Jun, pameran bagi dokumentari “Your Face” yang mengandungi perjalanan hidup penulis dan pelakon Jung Eun-hye telah diadakan.
Memberi sokongan buat rakan pelakonnya itu, Han Ji-min dilihat memberikan kejutan buat Jung Eun-hye dengan menghadiri pameran tersebut. Dalam video yang dimuat naik, Han Ji-min menyapa,
Saya peminat. Boleh tak awak memeluk saya sekali sahaja?
https://twitter.com/kdramatreats/status/1538871435959357440
Kemudian, Jung Eun-hye terus memandang Han Ji-min dan memeluknya sambil berkata,
Young-ok (nama watak Han Ji-min dalam ‘Our Blues’).
Jung Eun-hye turut memuat naik fotonya bersama pelakon itu dengan kapsyen yang ditulis,
Hari ini, Young-ok datang ke tayangan perdana saya. Terima kasih kerana sudi datang saudaraku.
Untuk pengetahuan, Han Ji-min dan Jung Eun-hye memainkan watak adik-beradik dalam siri popular tvN yang baru sahaja tamat iaitu “Our Blues”.
Terharu tengok persahabatan mereka.