Popular di seluruh dunia, Lisa BLACKPINK nampaknya sibuk dengan pelbagai aktiviti di luar negara kini.
Baru-baru ini, Lisa telah diumumkan sebagai wajah muka depan untuk majalah Perancis ‘Madame Figaro’.
Menggayakan pakaian dari ‘Celine’ dengan perhiasan ‘Bvlgari’, ahli BLACKPINK itu tampil dengan sisi dan gaya baru, yang jarang dilihat peminat sebelum ini.
View this post on Instagram
Turut memuat naik beberapa foto dari sesi penggambaran tersebut di laman Instagram, peminat nampaknya teruja melihat penampilan dan aura seksi Lisa, dengan entri berkenaan berjaya meraih lebih 6 juta sukaan dalam masa kurang dari 24 jam. Antara komen yang ditulis peminat:
‘Hot’ sangat Lalisa!
Panjangnya kaki dia, betul-betul seperti seorang model.
Cantiknya Lisa. Aura dia memang lain macam.
Dalam pada itu, penggambaran tersebut dilapor diadakan di sebuah Hotel Bvlgari yang mewah di Paris.
Cantik sangat Lisa!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉