Ikuti Kami:

“Kena Ada Lebih RM347 Juta” – Peminat Perasan Lisa BP Guna Kad Kredit Eksklusif Untuk Orang Kaya

“Kena Ada Lebih RM347 Juta” – Peminat Perasan Lisa BP Guna Kad Kredit Eksklusif Untuk Orang Kaya

Lisa BLACKPINK memang tidak dinafikan merupakan antara idola K-Pop yang paling popular di seluruh dunia kini.

Terbaru, Ji-soo BLACKPINK telah memuat naik video baru di laman YouTube peribadinya, di mana dia bersama Lisa pergi bersiar-siar di Cologne, Jerman ketika sedang melakukan konsert jelajah mereka di situ.

Dalam video tersebut, Ji-soo dan Lisa singgah di sebuah gerai yang menjual minuman keras buatan sendiri dan membuat keputusan untuk membeli beberapa perisa yang mereka gemari.

Apa yang menarik perhatian, apabila Lisa mengeluarkan dompetnya untuk membayar, peminat perasan satu kad ‘eksklusif’ yang diselitkan di bahagian paling depan dompetnya.

Khususnya, ia adalah kad kredit ‘the Black’ daripada Hyundai, yang disediakan untuk orang kaya. Diluluskan oleh naib presiden Hyundai Card dan tujuh ahli lembaga pengarah, kad tersebut hanya boleh digunakan melalui jemputan sahaja.

blackpink lisa

Tambahan, pemegang kad Hyundai ‘the Black’ tersebut haruslah memperoleh lebih dari 100 bilion won (RM 347,860,821) setiap tahun atau mempunyai lebih dari 100 bilion won dalam akaun simpanannya.

Sebelum ini, idola K-Pop lain yang juga dilihat menggunakan kad kredit yang sama adalah G-Dragon BIGBANG dan Jung-kook BTS.

Fuh bukan biasa-biasa tau!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...