Kim Ji-won telah mengejutkan netizen dengan bakat menari serta menanyinya.
Terbaru, Kim Ji-won telah mengadakan konsert perjumpaan peminat di Korea, di mana, pelakon “Queen of Tears” itu telah membuat persembahan beberapa buah lagu terkenal seperti “My House” dari 2PM, “ONLY” dari Lee Hi dan banyak lagi.
Meskipun kehebatan lakonannya sudah diketahui ramai, peminat terkejut selepas mendapati bahawa pelakon wanita ini juga turut memiliki suara yang merdu dan mempunyai bakat dalam menari.
Dari lagu balada sehingga lagu yang memerlukannya untuk menari, Kim Ji-won dengan jayanya telah melakukan semua persembahan tersebut persis penyanyi idola.
Short clip for Kim Jiwon – MY House pic.twitter.com/mpXoQ54Syd
— 두부안먹음 (@callmed91) June 22, 2024
Malah, video persembahan-persembahannya juga telah tular di media sosial dan bakat terpendam pelakon itu telah dipuji ramai.
Kini, rata-rata peminat serta netizen yang menonton video persembahan tersebut telah meluahkan harapan mereka untuk melihat pelakon itu mengeluarkan lagunya sendiri. Ada juga yang menginginkannya untuk debut sebagai penyanyi idola.
Min pun setuju kalau Kim Ji-won jadi penyanyi!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.