Populariti Kim Ji-won semakin meningkat selepas “Queen Of Tears” tamat.
Terkini, agensi Kim Ji-won iaitu HighZium Studio telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan peningkatan langkah keselamatan untuk pelakon tersebut.
Terutamanya kerana, kebelakangan ini pelakon itu telah diserbu oleh ratusan peminat serta wartawan di lapangan terbang dan ianya sekaligus telah membahayakan keselamatan pelakon tersebut serta peminat yang hadir.
Agensi itu berkata,
Untuk keselamatan semua, sila elakkan diri daripada mengambil gambar, menghantar surat atau memberi hadiah secara langsung kepada Kim Ji-won, dan kami berharap agar anda dapat menjaga jarak yang selamat. Adalah lebih baik jika hadiah dan surat itu dihantar kepada agensi untuk kami berikan kepada Kim Ji-won.
Tambah mereka,
Atas sebab keselamatan juga, kami nasihatkan supaya anda semua mengelakkan diri daripada mengambil gambar dan video di balai perlepasan dan zon bebas cukai.
Berhati-hati okay semua!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.