Ikuti Kami:

“Pandai Dia Berlakon Komedi” – Lakonan Seolhyun Dalam ‘The Killer’s Shopping List’ Dipuji

“Pandai Dia Berlakon Komedi” – Lakonan Seolhyun Dalam ‘The Killer’s Shopping List’ Dipuji

Baru sahaja 2 episod ditayangkan, “The Killer’s Shopping List” sudah pun mendapat perhatian ramai.

Bukan sahaja kerana Lee Kwang-soo kembali ke dunia K-Drama selepas 4 tahun namun lakonan Seolhyun yang semakin baik juga merupakan topik perbualan peminat.

Idola itu melakonkan watak Do Ah-hee iaitu seorang pegawai polis yang menjaga kawasan kejiranan itu dan sudah pun 20 tahun menjalinkan hubungan cinta bersama Dae-sung (Lee Kwang-soo). Dia digelar sebagai ‘perempuan gila’ oleh penduduk di situ kerana sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai keadilan selain lantang bersuara.

seolhyun the killer's shopping list

Meskipun ramai yang meragui namun Seolhyun membuktikan bakat lakonannya yang baik apabila mampu menghidupkan watak komedi tersebut dengan mantap dan tak kekok langsung.

Malah ekspresinya ketika mengawal perasaan marah dan ingin ketawa apabila Dae-sung membuat permohonan maaf unik menerusi sayur-sayuran turut menggeletek hati ramai. Disebabkan oleh itu, para penonton meninggalkan komen yang baik buat Seolhyun.

Best kan drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...