Interaksi diantara Lee Do-hyun dan Lim Ji-yeon telah menjadi perhatian ramai.
Pada 7 Mei, Lee Do-hyun dan Lim Ji-yeon telah menghadiri Anugerah Baeksang 2024 dan kedua-dua mereka telah dilihat berinteraksi diantara satu sama lain ketika majlis anugerah tersebut berlangsung.
Dalam masa yang sama, satu video yang dirakam di anugerah tersebut juga telah tular. Di mana, dalam video itu, Lee Do-hyun dan Lim Ji-yeon telah dilihat berpegangan tangan di kawasan tempat duduk.
Malah, pelakon wanita tersebut juga dilihat telah bersandar pada Lee Do-hyun yang pada masa itu sedang meletakkan tangan di bahunya.
this lee dohyun and lim jiyeon might be the most wholesome interaction ever #BaeksangArtsAwards2024 pic.twitter.com/378Bi9sgCw
— ⋆ (@ldh_simp) May 7, 2024
Selepas video itu dimuat naik, ianya langsung tular dan mendapat perhatian ramai. Rata-rata peminat serta netizen telah memuji pasangan tersebut yang berani untuk mempamerkan kemesraan dan hubungan mereka di khalayak umum.
Comelnya pasangan ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.