Meskipun sibuk dengan jadual masing-masing, pasangan Lee Do-hyun dan Lim Ji-yeon sentiasa memberikan sokongan pada satu sama lain.
Pada 7 Mei, Lee Do-hyun telah berjaya membawa pulang anugerah ‘Pelakon Baharu Terbaik (Filem)’ di Baeksang Arts Awards 2024, untuk lakonannya dalam filem “Exhuma”.
Ketika menerima anugerahnya, pelakon lelaki itu memberikan ucapan,
Saya keluar pagi tadi. Saya menyesal kerana tidak menyediakan ucapan penerimaan saya. Terima kasih kepada ayah, mak, abang, haiwan peliharaan saya Ga-eul yang tercinta dan Ji-yeon..terima kasih banyak.
LEE DOHYUN THANKED LIM JIYEON IN HIS SPEECH WTF#BaeksangArtsAwards2024 pic.twitter.com/PoPIx2Ber6
— xann (@baeksubiin) May 7, 2024
Untuk pengetahuan, meskipun sedang berkhidmat dalam tentera kini, Lee Do-hyun telah mengambil cuti dan mendapat keizinan untuk menghadiri majlis anugerah tersebut.
Sementara itu, Lim Ji-yeon juga turut hadir di Baeksang Arts Awards 2024 dan menerima pencalonan bagi kategori ‘Pelakon Wanita Terbaik’ untuk dramanya “Lies Hidden in My Garden”.
Sweet la!