aespa sekali lagi telah mencipta rekod baharu dengan album “Girls”!
Menurut kemas kini bulanan Circle Chart untuk bulan Julai, album “Girls” oleh aespa telah berjaya menduduki tempat pertama dengan jualan bulanan yang paling tinggi iaitu sebanyak 1,645,255 salinan. Fuh banyak tu!
Untuk pengetahuan, album “Girls” pertama kali dilancarkan pada 8 Julai dan ia juga merupakan album kumpulan gadis K-Pop yang terjual cecah 1 juta pada minggu pertama, sejumlah 1,126,000 salinan.
Bukan itu sahaja, aespa kini secara rasminya ialah kumpulan gadis K-Pop yang menjual paling banyak album, cecah lebih 1.6 juta dengan “Girls”. Sebelum ini, rekod itu dipegang oleh BLACKPINK dengan album “The Album” dengan 1,506,730 salinan.
Dalam pada itu, “Girls” ialah album mini kedua aespa, mempunyai lagu tajuk dengan nama yang sama.
Tahniah aespa!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.