Ikuti Kami:

aespa Catat Sejarah Duduki Tangga Ke-3 Dalam Carta ‘Billboard Top 200’

aespa Catat Sejarah Duduki Tangga Ke-3 Dalam Carta ‘Billboard Top 200’

aespa catat rekod Billboard terbaru dalam sejarah! Wah, makin tinggi pencapaian aespa!

Billboard baru-baru ini telah mengumumkan bahawa album mini terbaru aespa, “Girls” telah menduduki tangga nombor 3 dalam carta “Top Album 200” sekaligus menduduki carta album terkenal di Amerika Syarikat.

aespa

aespa kini telah menjadi kumpulan K-Pop wanita yang berjaya menduduki tangga ketiga dalam carta “Billboard Top 200”, setelah mencapai kejayaan hebat itu kurang daripada dua tahun selepas penampilan sulung mereka. Selain daripada album “Girls,” album lain oleh artis K-pop wanita yang pernah menduduki carta Billboard 200, ialah “THE ALBUM” oleh BLACKPINK dan “Formula of Love: O+T=<3” oleh TWICE.

Tambahan pula, album “Girls” telah menjadi album jualan tertinggi minggu ini di Amerika Syarikat. Album mini itu muncul di tangga nombor 1 dalam carta “Billboard’s Top Album Sales” yang menjadikan aespa kumpulan gadis K-pop terpantas dalam sejarah mendahului carta itu.

Wah, lain macam penangan aespa kali ini kan? Tahniah aespa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...