Utama Tempatan “Pakai Selipar Je Dia” – Penampilan Santai Song Jihyo Di Pavilion KL...

“Pakai Selipar Je Dia” – Penampilan Santai Song Jihyo Di Pavilion KL Jadi Perhatian

song jihyo malaysia

Sudah beberapa kali datang ke sini, Malaysia kini umpama rumah kedua buat Song Ji-hyo.

Terbaru, sebagai duta produk penjagaan kulit Glutanex, Song Ji-hyo telah menghadiri acara pelancaran K-Beauty Festa anjuran Watsons Malaysia, yang diadakan pada 17 dan 18 Mac di Sentul Depot.

Mempunyai sedikit masa lapang, ahli “Running Man” itu juga dilihat pergi bersiar-siar di sekitar Pavilion Kuala Lumpur, sambil bergambar dengan iklan Glutanex yang memaparkan wajahnya.

Menjengah ruangan komen di hantaran berkenaan, peminat rata-rata teruja dengan penampilan santai selebriti itu, dengan hanya memakai jumpsuit dan selipar.

Pakai selipar je dia…😂😂😂

 

Kita ni pergi Pavilion punya fikir nak pakai kasut apa, dia relaks je pakai selipar tau.

 

Lepak Pavilion pun pakai selipar je Ji-hyo ni. Jangan lupa cuba sambal belacan!

Song Ji-hyo pakai apa pun memang sentiasa cantik lah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Loading...