Ikuti Kami:

Pakai Baju Jarang Hingga Nampak Pakaian Dalam, Penampilan Seksi Hwasa Di Milan Jadi Bualan

Pakai Baju Jarang Hingga Nampak Pakaian Dalam, Penampilan Seksi Hwasa Di Milan Jadi Bualan

Penampilan Hwasa MAMAMOO di Minggu Fesyen Milan telah mengejutkan peminat.

Pada 22 Februari, Hwasa telah menghadiri satu pertunjukan fesyen di Milan, di mana dia telah hadir dengan pakaian yang cantik dan berinteraksi dengan bintang global yang lain.

Sejurus selepas dia memuat naik gambar di media sosial miliknya, pakaian yang dikenakan oleh ahli MAMAMOO itu telah mendapat perhatian ramai.

Dipasangkan dengan kot berwarna coklat cair, pakaian itu kelihatan elegan dan sesuai untuk dikenakan di lokasi acara tersebut dijalankan.

hwasa-sexy-dress

Namun, jika ditanggalkan kot itu, pakaian yang dibuat dengan material nipis tersebut jelas menunjukkan pakaian dalam yang dikenakan oleh Hwasa.

Selepas foto itu tular, rata-rata peminat telah memuji penampilan Hwasa yang berani menunjukkan bentuk tubuh badannya yang sebenar meskipun dia berada di acara yang dihadiri oleh artis-artis global yang lain.

Meskipun terdapat segelintir netizen Korea yang mengkritik gaya ahli MAMAMOO tersebut, peminat-peminat antarabangsa telah meluahkan keterujaan mereka dan berharap agar Hwasa dapat menggayakan pakaian seperti itu lagi di masa yang akan datang.

Cantik kan Hwasa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.