Ikuti Kami:

“Paha Saya..” – Kim Jongkook Kongsi Sebab Suka Pakai Seluar Pendek

“Paha Saya..” – Kim Jongkook Kongsi Sebab Suka Pakai Seluar Pendek

Peminat “Running Man” pastinya mengetahui bahawa Kim Jong-kook merupakan seseorang yang jarang mengubah gaya pemakaiannya.

Sering mengenakan pakaian hitam mahupun baju tanpa lengan, Kim Jong-kook baru-baru ini berkongsi lebih mengenai pemilihan gayanya di perjumpaan peminat ‘A Decade Of Laughter’ di Manila, Filipina.

Apabila ditanya mengenai sebab dia sering memakai seluar pendek tak kira masa, jawabnya,

Saya selalu menyarungkan seluar pendek kerana peha saya agak besar.

Mendengarkan penjelasan Kim Jong-kook itu, peminat nyata tidak dapat menahan jeritan dek jawapan tak disangka itu. Bukan itu sahaja, lelaki itu tidak segan untuk menayangkan perutnya yang berotot beberapa kali bagi memenuhi permintaan pengacara dan peminat di situ.

Amboi Kim Jong-kook!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...