Ikuti Kami:

Padam Akaun Instagram Dengan 5.8 Juta Pengikut, Ini Reaksi Jay Park

Padam Akaun Instagram Dengan 5.8 Juta Pengikut, Ini Reaksi Jay Park

Korang tahu tak Jay Park dah cipta akaun Instagram baharu?

Terbaru, saluran YouTube ‘jisoujang‘ telah memuat naik satu video bertajuk ‘Kemas kini tentang Park Jae-beom (nama sebenar Jay Park) selepas meninggalkan AOMG’.

Sekadar info, Jay Park telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di AOMG dan H1GHR MUSIC pada Disember tahun lepas serta turut menutup akaun Instagram miliknya. Dalam video yang dimuat naik, Jang Ji-soo iaitu pemilik saluran YouTube tersebut bertanya kepada Jay Park,

Awak tak menyesal ke padam akaun Instagram awak yang mempunyai 5.8 juta pengikut?

Nampaknya Jang Ji-soo bertanya soalan ini kerana akaun Instagram Jay Park mungkin bernilai berbilion-bilion won. Malah, dijangkakan bahawa nilai setiap siaran promosi di Instagram Jay Park sahaja sudah melebihi 50 juta won. Namun, Jay Park dengan selambanya menjawab,

Ya. Saya tidak menyesal melakukannya. Ia bukan apa-apa kepada saya

jay park

Tetapi kemudian, dia melutut dan membuat ekspresi teresak-esak, menarik ketawa.

Bagaimanapun, kira-kira dua bulan selepas memadam akaun Instagramnya, Jay Park kembali menarik perhatian apabila dia mencipta akaun baharu (@moresojuplease). Selepas menubuhkan syarikat baharu ‘MORE VISION’, Jay Park baru-baru ini bekerjasama dengan IU dan mengeluarkan lagu baharu “GANADARA”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...