Ikuti Kami:

“Saya Masih Terhutang Dengan Peminat..” – Jay Park Jawab Soalan Peminat Tentang Isu Bersara

“Saya Masih Terhutang Dengan Peminat..” – Jay Park Jawab Soalan Peminat Tentang Isu Bersara

Berita gembira buat peminat Jay Park!

Pada tahun lepas, peminat telah dikejutkan dengan berita bahawa Jay Park akan meletakkan jawatan sebagai CEO kepada label ciptaannya, AOMG dan H1GHR MUSIC. Tidak lama selepas itu, Jay Park memadam akaun Instagramnya dan meninggalkan satu tweet yang berbunyi,

Jika saya bersara atau hilang, sila rindui saya.

Oleh sebab itu, ramai peminat tertanya-tanya sama ada Jay Park memang telah memutuskan untuk bersara daripada industri hiburan, dan turut meluahkan rasa sedih mereka menerusi platform Twitter. Namun, pada 24 Januari, artis itu telah meluangkan masa untuk menjawab soalan dan kenyataan peminatnya, bagi mengurangkan sedikit rasa ingin tahu mereka tentang pelan masa depan penyanyi itu. Ada satu soalan yang diajukan buat Jay Park yang ditulis,

Saya rasa ramai orang teragak-agak untuk melihat awak bersara dan perkara-perkara seperti itu, kerana mereka tidak pasti apa maknanya bagi kami sebagai peminat. Jadi jika awak bersara, apakah maknanya dari perspektif peminat?

Jay Park kemudiannya menjawab,

Belum bersara lagi. Dalam dua tahun lepas saya hanya mengeluarkan 7 lagu di bawah nama saya. Saya berhutang kepada diri saya sendiri dan peminat saya sekurang-kurangnya 1-2 lagi album yang bagus. Tahun ini akan menjadi gila. Percayalah.

Fuhh lega bila dapat tahu Jay Park masih akan terus mencipta lagu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...