Ikuti Kami:

Padah Keluarkan Isu Tak Berasas, Jang Wonyoung IVE Menang Kes Saman

Padah Keluarkan Isu Tak Berasas, Jang Wonyoung IVE Menang Kes Saman

Akhirnya, kemenangan berpihak kepada Jang Won-young.

Agensi penyanyi itu, Starship Entertainment mengesahkan bahawa Jang Won-young berjaya memenangi kes mahkamah lawan seorang YouTuber. Oleh itu, tertuduh diarahkan untuk membayar segala kos prosedur mahkamah Jang Won-young dan faedah lain, sebanyak RM351,000.

Pada November 2022, Starship Entertainment telah mengeluarkan surat saman kepada seorang YouTuber, Sojang, di atas tuduhan memfitnah. Melalui penyebaran maklumat palsu yang berterusan telah menyebabkan ‘kesakitan’ yang serius bukan sahaja kepada artis malah, agensi dan peminat dan peminat turut terkesan.

Selain itu, Starship Entertainment berkata,

Kami sangat mengalu-alukan laporan daripada peminat jika ada lagi yang memfitnah artis kami, kerana bahan yang diberikan sangat membantu untuk melaksanakan tindakan undang-undang ke atas mereka.

Untuk pengetahuan, sebelum ini, Sojang menyebarkan khabar angin palsu seperti, Jang Won-young pernah bergaduh serta menyebarkan khabar angin tentang kisah percintaan idola. Sehubungan itu, Jang Won-young memfailkan saman fitnah untuk ganti rugi bernilai 100 juta won (lebih kurang RM351,000) terhadapnya pada Oktober tahun lalu.

Bak kata pepatah, tiada sakit makan ubat..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...