Kerana Mulut Badan Binasa, Park Seojoon Mahu Saman Netizen Berniat Jahat Kerana Memfitnah
- oleh kaka
- 2 tahuns lalu
Apa kes pula ni?
Pelakon Park Seo-joon telah mengambil pendirian kuat terhadap netizen berniat jahat yang telah menyebarkan khabar angin palsu dan komen tidak berasas tentangnya. Agensi pelakon itu, Awesome ENT, mengeluarkan kenyataan rasmi mendedahkan bahawa mereka telah memfailkan aduan terhadap ramai individu pada 2020 kerana memfitnah.
Baru-baru ini, mereka telah mendapatkan bukti yang boleh mengenal pasti defendan dan ada yang telah dibawa ke pihak pendakwaan. Manakala, yang lain kini dalam siasatan polis serta dijangka akan menghadapi pendakwaan tidak lama lagi.

Tambahan pula, wakil Park Seo-joon berpesan dengan keras supaya orang ramai tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan palsu, mahupun berbaur fitnah kepada artis lelaki terbabit.
Netizen pun kena sentiasa berpada-pada kalau nak keluarkan kenyataan..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




