Ikuti Kami:

“Orang Rapat Belot..” – Identiti Sebenar Individu Sebar Fitnah Tentang Seo Yeji Buat Netizen Terkejut

“Orang Rapat Belot..” – Identiti Sebenar Individu Sebar Fitnah Tentang Seo Yeji Buat Netizen Terkejut

Kadang kala, orang paling dekat yang kita tak boleh percaya.

Terbaru, agensi Seo Ye-ji, Sublime, mengeluarkan kenyataan mengenai tindakan undang-undang yang diambil mereka,

Untuk menangani fitnah keji dan penyebaran maklumat palsu yang ditujukan kepada Seo Ye-ji, kami telah membentuk satu pasukan dan telah membuat aduan pertama di Balai Polis Gangnam pada Januari.

Mereka juga mendedahkan bahawa salah seorang individu yang menyebarkan komen jahat adalah seseorang yang rapat dengan Seo Ye -ji,

Baru-baru ini, seorang bekas kakitangan telah didakwa atas fitnah kerana menyebarkan maklumat palsu mengenai Seo Ye-ji. Beberapa individu lain yang telah dikenal pasti juga akan dikenakan tindakan undang-undang.

seo yeji saman

Agensi itu menegaskan bahawa mereka akan mengambil tindakan tegas sehingga semua yang terlibat ditangkap malah berjanji tidak akan berkompromi demi melindungi pelakon di bawah naungan mereka.

Netizen yang terkejut dengan berita ini memberikan sokongan kepada Seo Ye-ji:

  • “Kalau saya tahu seseorang yang pernah bekerja dengan saya menyebarkan maklumat palsu, saya pasti akan sangat kecewa.”
  • “Kita perlu bongkar segala-galanya tentang GOLD MEDALIST.”
  • “Senarai ini panjang… daripada bekas pekerja agensi hingga staf luar.”
  • “Saya rasa banyak agensi seperti itu… media play memang sebahagian daripada strategi kotor mereka.”
  • “Gila… kalau saya melalui semua ini, saya pasti akan membenci orang juga.”

Kesiannya Seo Ye-ji..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...