Menerusi “Sikgaek Heo Young Man’s Baekban Travel”, Seo Ye-ji telah tampil untuk berkongsi pelbagai perkara mengenai dirinya.
‘Apabila ditanya oleh hos Heo Young-man sama ada terdapat perkara yang sukar baginya dalam dunia lakonan, Seo Ye-ji menjawab,
Sebagai seorang figura awam, saya rasa saya perlu bertahan dengan bagaimana orang ramai melihat saya. Saya benar-benar tertekan dengan semua salah faham yang berlaku ketika saya memilih untuk berdiam diri.
Seo Ye-ji menghentikan aktivitinya pada tahun 2021 selepas terpalit dengan beberapa kontroversi, termasuk tuduhan memanipulasi bekas teman lelakinya Kim Jung-hyun, memalsukan latar belakang akademiknya, serta dakwaan membuli semasa zaman sekolah. Dia kembali ke industri hiburan pada tahun berikutnya menerusi drama “Eve”, namun sambutannya hambar.
Baru-baru ini, Seo Ye-ji turut menafikan khabar angin dalam talian yang mendakwa dia pernah menjalin hubungan dengan pelakon Kim Soo Hyun serta sepupunya, Irobe, pada masa yang sama,
Saya benar-benar berharap khabar angin ini berhenti sekarang. Saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan dia mahupun abangnya. Saya sendiri tidak tahu mengapa saya perlu menjelaskan perkara ini, tetapi hari ini saya rasa sangat kecewa.
Harapnya Seo Ye-ji bertabah untuk manghadapi hari mendatang. Fighting!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.