Han So-hee memang tidak dinafikan antara pelakon wanita Korea dengan kecantikan semula jadi.
Sebelum ini, Han So-hee pernah berkongsi bahawa dia harus melakukan pembedahan rhinitis selepas selesai menjalani penggambaran dramanya “Gyeongseong Creature”. Tulis wanita itu,
Saya mendapat pembedahan rinitis. Pada suatu hari, saya mula mengalami masalah bernafas daripada kedua-dua lubang hidung. Dan kemudian hari lain, saya mula berdengkur secara tiba-tiba. Itu adalah tekanan dan saya memutuskan untuk merawatnya.
Namun menerusi laman komuniti dalam talian baru-baru ini, netizen mendakawa bahawa wanita itu bukan sahaja melakukan pembedahan rinitis malahan turut melakukan pembedahan kecantikan di hidungnya, agar ia kelihatan lebih mancung.
Dalam video iklannya bersama Giordano, ada yang menyatakan bahawa hidungnya nampak lebih ‘naik’ dan berbeza dari sebelum ini. Antara komen yang ditulis,
Semua orang nampak kecerunan hidungnya berubah tetapi tetap nafi dia mengubahnya kerana tidak mahu dia kehilangan gelaran cantik ‘semula jadi’.
Ini bukan pembedahan pertamanya..
Dia menjalani pembedahan rinitis dan pada masa yang sama, turut mencantikkan hidungnya. Mana ada pembedahan rinits yang boleh mengubah garis dan hujung hidung awak.
Hmm, apa pendapat korang?