Utama Gossip “Kawan Ke?” – Dah Putus Dengan Hyeri, Ryu Junyeol Cuba Dekati Han...

“Kawan Ke?” – Dah Putus Dengan Hyeri, Ryu Junyeol Cuba Dekati Han Sohee?

ryu junyeol han sohee

Berita perpisahan antara pasangan selebriti pastinya akan juga membuatkan peminat sedih.

Pada 13 November, agensi telah mengesahkan bahawa selepas hampir 7 tahun bercinta, Ryu Jun-yeol dan Hye-ri telah memutuskan untuk berpisah.

Kemudian pada 15 November, Han So-hee telah memuat naik fotonya di Instagram, ketika dia pergi melawat pameran seni Ryu Jun-yeol.

Selepas melihat hantaran tersebut, netizen mempersoalkan tentang hubungan mereka memandangkan kedua selebriti itu tidak pernah mempunyai sebarang interaksi sebelum ini.

Namun, ada juga yang menyatakan bahawa Han So-hee adalah seorang yang meminati seni jadi, dia hanya dijemput untuk melawati pameran solo pelakon lelaki itu.

Komen netizen,

Mereka kawan ke?

 

Han So-hee nampaknya meminati perkara seni seperti ini kerana dia seorang yang artistik.

 

Dia hanya pergi untuk tengok pameran?

Apa yang paling penting, mereka bahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBEROSEN
Loading...