Korang masih ingat tak drama “Boys Over Flower”?

Baru-baru ini, pelakon bagi drama “Boys Over Flower”, Kim So-eun berkongsi bahawa dia masih diberi jolokkan “Ga Eul” sehingga kini.
Menerusi drama hit itu, dia memegang watak sebagai Chu Ga-eul dan dia mula dikenali dalam industri. Drama yang berjaya mencetus sindrom hebat itu nyata mampu meninggalkan kesan buat Kim So-eun sehingga sekarang. Wah! Dia berkata,
“Ga Eul”? Saya rasa kalau pelakon lain, mereka mesti kurang senang jika masih diberi jolokkan sama sehingga kini. Namun, saya okay sahaja. Saya rasa ianya seperti satu penghormatan. Mempunyai gelaran adalah satu penghormatan dan saya tak rasa ianya sesuatu yang buruk. Saya malah bersyukur kerana ada peminat dari korea dan luar negara yang masih mengingati saya.
Dia turut menambah,
Sebenarnya, sebagai seorang pelakon, kita kena cuba untuk mengembangkan skop lakonan. Saya pun masih berusaha untuk melakukannya. Saya cuba tonjolkan sisi yang lain pula selepas ini. Ada banyak benda lagi yang saya ingin cuba!
Sweet je ek bila teringat Kim So-eun dengan Kim Bum dulu…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.