Ikuti Kami:

Orang Luar Tak Dibenarkan Masuk, Ini Barisan Selebriti Yang Tinggal Di Kawasan Perumahan Elit Hannam

Orang Luar Tak Dibenarkan Masuk, Ini Barisan Selebriti Yang Tinggal Di Kawasan Perumahan Elit Hannam

Mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai kawasan perumahan untuk orang-orang kaya di Korea kan?

Di Korea, terdapat satu kawasan perumahan yang dikenali sebagai “Hannam-dong”, di mana, kawasan perumahan yang dilengkapi dengan kemudahan berteknologi tinggi itu dihuni oleh figura-figura yang terkenal dan terkaya di Korea.

Kediaman yang terletak bersebelahan dengan Sungai Han itu mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dan orang luar tidak dibenarkan memasuki tempat tersebut tanpa sebarang kebenaran. Malah, kawasan elit itu juga terbahagi kepada 3 bahagian mengikut harga, “The Hill, “91 Hannam” dan “UN Village”.

“The Hill”

hannam-the-hill

Unit mewah ini merupakan aras pertama yang juga unit dengan harga terendah dalam kawasan perumahan tersebut. Antara selebriti yang tinggal di sini ialah Jin BTS, Ji-soo BLACKPINK, Han Hyo-joo dan Rain.

“91 Hannam”

91-hannam

Aras kedua kawasan perumahan ini merupakan unit di mana pelakon dan penyanyi ‘A-list’ tinggal. Unit yang terletak di bahagian tengah Hannam-dong ini dihuni oleh G-Dragon, Lee Jong-suk, Tae-yang BIGBANG, PSY dan ramai lagi.

“UN Village”

hannam-un-village

Aras tertinggi dan termahal di Hannam-dong iaitu “UN Village”, didiami oleh barisan selebriti terkaya di Korea serta individu yang berasal daripada keluarga Chaebol. Antara penghuninya ialah Jennie BLACKPINK, Baek-hyun EXO, Song Hye-kyo, RM dan Suga BTS.

Menangis tengok harga rumah dorang..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...