Popular seluruh dunia, tidak terkejutlah kalau Jennie merupakan salah seorang selebriti Korea terkaya kini.
Terbaru menerusi program Netflix “Super Rich in Korea”, Jennie telah disahkan merupakan salah seorang pemilik pangsapuri mewah di Korea, iaitu di La Terrasse Hannam.
Sebelum ini menurut laporan pada November 2023, ahli BLACKPINK itu dilapor telah membeli rumah tersebut dengan jumlah 5 bilion won (kira-kira RM17,359,450) secara tunai.
Netflix’s ‘Super Rich in Korea’ reveals that Jennie lives in the multi-billion won luxury apartment, ‘La Terrasse Hannam,’ located in UN Village, Seoul. It’s the apartment that Jennie reportedly bought back in November 2023 in cash! ✨#JENNIE #김제니 #ODDATELIER pic.twitter.com/dVcKPEtKIZ
— ✨ELEVEИDIGITS ꫂ ၴႅၴ✨ (@eleven_digits) May 7, 2024
Menerusi foto yang dikongsi, pangsapuri tersebut terletak di kawasan eksklusif di Hannam, dibuat dengan reka bentuk yang moden di luar dan dalam.
Tambahan, ia juga mempunyai pemandangan yang menghadap ke Sungai Han, meningkatkan lagi harga jualan.
Fuhh!