Jung Eunji Dalam Perbincangan, Ok Taecyeon & Ha Seokjin Sah Terajui Drama Thriller ‘Blind’
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Sepertinya Ha Seok-jin, Ok Taec-yeon dan Jung Eun-ji akan bertemu dalam sebuah drama baru nanti.
Menurut laporan sebuah portal media, ketiga-tiga pelakon itu bakal menjadi teraju utama untuk siri OCN terbaru bertajuk “Blind” yang bakal ditayangkan separuh kedua 2022.
Ia membawa kisah sekumpulan individu yang menjadi mangsa dan pemangsa biasa yang tidak mahukan kebenaran terbongkar. Drama ini berkisarkan individu yang merupakan detektif, hakim, pelajar undang-undang dan juri.

“Blind” membawa produser Shin Yong-hwi yang pernah menghasilkan drama seperti “Faith”, “Tunne”, “Cross” dan “Voice 4”. Manakala penulis yang bertanggungjawab untuk drama ini ialah Kwon Ki-hyung yang pernah menulis untuk naskhah seperti “Andante”.
Meskipun sebelum ini nama Ong Seong-woo ada disebut sebagai antara calon barisan pelakon namun nampaknya Ok Taec-yeon sudah disahkan bakal membawa watak Ryu Sung-jun iaitu seorang detektif yang mahu menghapuskan kejahatan dalam dunia.
Artikel Berkaitan
Lapor agensi lelaki itu,
Memang benar Ok Taec-yeon akan menjadi teraju utama OCN ‘Blind’. Sila nantikan transformasi lakonan yang berlainan dari naskhah sebelumnya.

Setakat ini, OCN turut mengesahkan bahawa Ok Taec-yeon dan Ha Seok-jin akan menerajui drama itu namun Jung Eun-ji masih sedang dalam perbincangan.
Tak sabarnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




